Proses melilit bingkai bakul dibuat selepas memasang bingkai dengan menggunakan rotan isi (FOC) sebelum proses melilit dilakukan bingkai yang hendak dililit mestilah diratakan terlebih dahulu dengan menggunakan pisau bagi meratakan permukaan yang hendak dililit. Pilih isi rotan yang lembut bagi memudahkan proses melilit dilakukan. anda hendaklah menggunakan ice breaker / screw driver leper bagi memudahkan proses mencucuk bahagian yang hendak dimasukkan rotan tersebut seperti yang ditunjukkan dalam video..proses ini agak rumit sedikit tetapi hasilnya memuaskan..cantik dan menarik. anda hendaklah melakukan lilitan tersebut sehingga ianya memenuhi keseluruhan bingkai. kaedah ini boleh diguna / aplikasikan pada semua jenis bakul berbingkai. moga video ini dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang ingin mempelajari teknik / kaedah ini
Kunjungan ANDA ke Blog saya,Mansor Md Dan & Zanurah Ramli amat dihargai & diucapkan t/kasih...sila kunjungi lagi.. TIQA HAMIZAH ENTERPRISE (JR0025214-D)
Memaparkan catatan dengan label latihan kemahiran kraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label latihan kemahiran kraf. Papar semua catatan
VIDEO TEKNIK SIMPULAN BINGKAI BAKUL
Setelah bakul siap dianyam ianya hendaklah diperkemaskan
dengan membuat bingkai. teknik yang ditunjukkan ini adalah teknik simpulan
dimana simpulan hendaklah dibuat sebanyak tiga tingkat.Dimulakan dengan cara
melilit selang setiap dua tiang dan diulang sehingga simpulan tersebut bertemu,
Simpulan hendaklah diulang dengan cara yang sama sebanyak 3 tingkat seperti
yang ditunjukkan ..teknik ini juga bolih diguna untuk semua jenis bakul..
Moga video ini sedikit sebanyak dapat membantu kepada
sesiapa saja yg ingin belajar..
VIDEO CARA MEMASANG DAN MELILIT TANGKAI BAKUL
Lilitan hendaklah dimulakan dari permulaan pangkal bingkai yang telah dipasang dengan cara melilit rotan mengikut saiz yang telah dipilih berdasarkan saiz bakul. lilitan hendaklah berjarak 2 cm atau 6 pusingan sehingga penuh seperti yang ditunjukkan.setelah penuh kedua dua tangkai hendaklah dipaku di tengah tengah dan dililit bagi proses keemasan..
VIDEO PROSES AWAL KEMASAN / PENYUDAHAN BAKUL...
untuk memperkemaskan bakul yang
telah siap, ianya hendaklah dilayur dengan mengunakan blow touch dengan
api yang sederhana bagi membuang bulu - bulu rotan yang terdapat pada
bakul sebelum proses seterusnya..
VIDEO CARA BUAT TAPAK BAKUL
Sesudah menyusun rotan tiang pada tapak plywood secara memanjang mengikut ukuran yang dikehendaki, ambil sehelai rotan dianyam berselang - seli secara melintang sehingga tiang paling tepi lebihkan rotan kiri dan kanan anggaran panjang mengikut ketinggian bakul yang hendak dibuat. Tiang lebihan hendaklah dibuat setiap 3 kali pusingan seperti yang ditunjukkan didalam video.
Untuk membuat bakul samada kecil atau besar, caranya adalah sama seperti yang ditunjukkan didalam video.
LATIHAN MINGGUAN KRAFTANGAN..
| "Skillfull in Craft Creation" |
Esok 8 & 9/4/2013 ..kursus gubahan bunga akan diadakan ...semoga ianya berjalan dengan lancar...
KURSUS MENGANYAM BAKUL ROTAN FASA KEDUA
Hari ini 24/02/2013 (Ahad) Tmn Sri Rambai...kursus disambung semula dimana pelajar telah mula menguasai teknik / asas menganyam bakul. cikgu pun dah tak penat sangat mengajar..masing-masing telah tahu apa yang patut dibuat..pelajar senior pun dah bolih membantu tunjuk ajar pada yang baru..tahniah buat semua..
LATIHAN MINGGUAN KRAFTANGAN
Hari ni 03/02/2013 (Ahad) Kursus mingguan disambung semula..setelah 3 bulan memberi tunjuk ajar pelajar telah mula faham teknik asas menganyam bakul rotan. kelas pada hari ini pelajar mula menganyam bakul sendiri tanpa banyak bertanya pada cikgu..alhamdulillah..semuga usaha & ilmu yang sedikit ini diberkati..
Semasa kursus berjalan..saya mengambil peluang menyampaikan info yang diperolehi dari kraftangan dimana Pengarah kraftangan sendiri iaitu Puan Aidida..menyatakan peluang- peluang yang boleh didapati bagi melahirkan lebih ramai pengusaha kraf yang berdaya saing pada masa kini.
"Kraf Menjana Ekonomi"
Tiqa Hamizah Enterprise
"Skillfull In Craft Creation"
Semasa kursus berjalan..saya mengambil peluang menyampaikan info yang diperolehi dari kraftangan dimana Pengarah kraftangan sendiri iaitu Puan Aidida..menyatakan peluang- peluang yang boleh didapati bagi melahirkan lebih ramai pengusaha kraf yang berdaya saing pada masa kini.
"Kraf Menjana Ekonomi"
Tiqa Hamizah Enterprise
"Skillfull In Craft Creation"
Langgan:
Catatan (Atom)