Kunjungan ANDA ke Blog saya,Mansor Md Dan & Zanurah Ramli amat dihargai & diucapkan t/kasih...sila kunjungi lagi.. TIQA HAMIZAH ENTERPRISE (JR0025214-D)
Memaparkan catatan dengan label cara buat tapak bakul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat tapak bakul. Papar semua catatan
VIDEO CARA MENGANYAM TAPAK / TUTUP BAKUL
Sebelum anyaman dilakukan rotan hendaklah dipilih dan dispray / direndam seketika supaya ianya lembut dan mudah untuk dianyam. Letakkan rotan dihujung jari telunjuk dan digerakkan keatas dan kebawah sepertimana ditunjukkan. bagi memudahkan rotan yang dianyam masuk dicelah setiap tiang, tangan yang sebelah lagi hendaklah digerakkan bagi menarik / membuka ruang bagi memudahkan proses tersebut.
Bagi anda yang baru belajar anyaman tersebut hendaklah dibuat secara perlahan supaya mendapat hasil yang memuaskan.
.
VIDEO CARA BUAT TAPAK BAKUL
Sesudah menyusun rotan tiang pada tapak plywood secara memanjang mengikut ukuran yang dikehendaki, ambil sehelai rotan dianyam berselang - seli secara melintang sehingga tiang paling tepi lebihkan rotan kiri dan kanan anggaran panjang mengikut ketinggian bakul yang hendak dibuat. Tiang lebihan hendaklah dibuat setiap 3 kali pusingan seperti yang ditunjukkan didalam video.
Untuk membuat bakul samada kecil atau besar, caranya adalah sama seperti yang ditunjukkan didalam video.
Langgan:
Catatan (Atom)