VIDEO CARA MENGANYAM TAPAK / TUTUP BAKUL



Sebelum anyaman dilakukan rotan hendaklah dipilih dan dispray / direndam seketika supaya ianya lembut dan mudah untuk dianyam. Letakkan rotan dihujung jari telunjuk dan digerakkan keatas dan kebawah sepertimana ditunjukkan. bagi memudahkan rotan yang dianyam masuk dicelah setiap tiang, tangan yang sebelah lagi hendaklah digerakkan bagi menarik / membuka ruang bagi memudahkan proses tersebut.
Bagi anda yang baru belajar anyaman tersebut hendaklah dibuat secara perlahan supaya mendapat hasil yang memuaskan.





.

VIDEO CARA MELILIT BINGKAI BAKUL

Proses melilit bingkai bakul dibuat selepas memasang bingkai dengan menggunakan rotan isi (FOC) sebelum proses melilit dilakukan bingkai yang hendak dililit mestilah diratakan terlebih dahulu dengan menggunakan pisau bagi meratakan permukaan yang hendak dililit. Pilih isi rotan yang lembut bagi memudahkan proses melilit dilakukan. anda hendaklah menggunakan ice breaker / screw driver leper bagi memudahkan proses mencucuk bahagian yang hendak dimasukkan rotan tersebut seperti yang ditunjukkan dalam video..proses ini agak rumit sedikit tetapi hasilnya memuaskan..cantik dan menarik. anda hendaklah melakukan lilitan tersebut sehingga ianya memenuhi keseluruhan bingkai. kaedah ini boleh diguna / aplikasikan pada semua jenis bakul berbingkai. moga video ini dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang ingin mempelajari teknik / kaedah ini