VIDEO CARA MENGANYAM TAPAK / TUTUP BAKUL



Sebelum anyaman dilakukan rotan hendaklah dipilih dan dispray / direndam seketika supaya ianya lembut dan mudah untuk dianyam. Letakkan rotan dihujung jari telunjuk dan digerakkan keatas dan kebawah sepertimana ditunjukkan. bagi memudahkan rotan yang dianyam masuk dicelah setiap tiang, tangan yang sebelah lagi hendaklah digerakkan bagi menarik / membuka ruang bagi memudahkan proses tersebut.
Bagi anda yang baru belajar anyaman tersebut hendaklah dibuat secara perlahan supaya mendapat hasil yang memuaskan.





.

VIDEO CARA MELILIT BINGKAI BAKUL

Proses melilit bingkai bakul dibuat selepas memasang bingkai dengan menggunakan rotan isi (FOC) sebelum proses melilit dilakukan bingkai yang hendak dililit mestilah diratakan terlebih dahulu dengan menggunakan pisau bagi meratakan permukaan yang hendak dililit. Pilih isi rotan yang lembut bagi memudahkan proses melilit dilakukan. anda hendaklah menggunakan ice breaker / screw driver leper bagi memudahkan proses mencucuk bahagian yang hendak dimasukkan rotan tersebut seperti yang ditunjukkan dalam video..proses ini agak rumit sedikit tetapi hasilnya memuaskan..cantik dan menarik. anda hendaklah melakukan lilitan tersebut sehingga ianya memenuhi keseluruhan bingkai. kaedah ini boleh diguna / aplikasikan pada semua jenis bakul berbingkai. moga video ini dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang ingin mempelajari teknik / kaedah ini





KOLEKSI BAKUL CANTIK SUNGAI RAMBAI

BAKUL BUNGA / HAMPER / SERBAGUNA..sesuai untuk hiasan bunga..buah-buahan dan pelbagai kegunaan..






VIDEO TEKNIK SIMPULAN BINGKAI BAKUL




Setelah bakul siap dianyam ianya hendaklah diperkemaskan dengan membuat bingkai. teknik yang ditunjukkan ini adalah teknik simpulan dimana simpulan hendaklah dibuat sebanyak tiga tingkat.Dimulakan dengan cara melilit selang setiap dua tiang dan diulang sehingga simpulan tersebut bertemu, Simpulan hendaklah diulang dengan cara yang sama sebanyak 3 tingkat seperti yang ditunjukkan ..teknik ini juga bolih diguna untuk semua jenis bakul..



Moga video ini sedikit sebanyak dapat membantu kepada sesiapa saja yg ingin belajar..




VIDEO CARA MEMASANG DAN MELILIT TANGKAI BAKUL



Lilitan hendaklah dimulakan dari permulaan pangkal bingkai yang telah dipasang dengan cara melilit rotan mengikut saiz yang telah dipilih berdasarkan saiz bakul. lilitan hendaklah berjarak 2 cm atau 6 pusingan sehingga penuh seperti yang ditunjukkan.setelah penuh kedua dua tangkai hendaklah dipaku di tengah tengah dan dililit bagi proses keemasan..



VIDEO PROSES AWAL KEMASAN / PENYUDAHAN BAKUL...


untuk memperkemaskan bakul yang telah siap, ianya hendaklah dilayur dengan mengunakan blow touch dengan api yang sederhana bagi membuang bulu - bulu rotan yang terdapat pada bakul sebelum proses seterusnya..



KOLEKSI BAKUL CANTIK SUNGAI RAMBAI

DULANG..




KOLEKSI BAKUL CANTIK SUNGAI RAMBAI

BAKUL SERBAGUNA BESAR....





KOLEKSI BAKUL CANTIK SUNGAI RAMBAI



BAKUL BERTUTUP SERBAGUNA KECIL...sesuai untuk pelbagai kegunaan...

VIDEO CARA BUAT TAPAK BAKUL


Sesudah menyusun rotan tiang pada tapak plywood secara memanjang mengikut ukuran yang dikehendaki, ambil sehelai rotan dianyam berselang - seli secara melintang sehingga tiang paling tepi lebihkan rotan kiri dan kanan anggaran panjang mengikut ketinggian bakul yang hendak dibuat. Tiang lebihan hendaklah dibuat setiap 3 kali pusingan seperti yang ditunjukkan didalam video.
Untuk membuat bakul samada kecil atau besar, caranya adalah sama seperti yang ditunjukkan didalam video.