LATIHAN MINGGUAN KRAFTANGAN

Hari ni 03/02/2013 (Ahad) Kursus mingguan disambung semula..setelah 3 bulan memberi tunjuk ajar pelajar telah mula faham teknik asas menganyam bakul rotan. kelas pada hari ini pelajar mula menganyam bakul sendiri tanpa banyak bertanya pada cikgu..alhamdulillah..semuga usaha & ilmu yang sedikit ini diberkati..
Semasa kursus berjalan..saya mengambil peluang menyampaikan info yang diperolehi dari kraftangan dimana Pengarah kraftangan sendiri iaitu Puan Aidida..menyatakan peluang- peluang yang boleh didapati bagi melahirkan lebih ramai pengusaha kraf yang berdaya saing pada masa kini.
"Kraf Menjana Ekonomi"




Tiqa Hamizah Enterprise
"Skillfull In Craft Creation"

KOLEKSI BAKUL CANTIK SUNGAI RAMBAI

TEMPAYAN BULAT BERTUTUP / SERBAGUNA...sesuai untuk dekorasi dalaman untuk ruang yang luas...
Tiqa Hamizah Enterprise ( Skillfull In Craft Creation )
www.bakulrotan.com

TIQA HAMIZAH ENTERPRISE (THE)

TIQA HAMIZAH ENTERPRISE (THE)
"Skillfull In Craft Creation"

Kepakaran kami adalah  didalam pembuatan barangan kraftangan berasaskan hasil rimba (rotan)

THE mampu menghasilkan bakul rotan pelbagai saiz dan bentuk yang begitu cantik dengan jalinan yang halus dan kemas dibawah jenama KOLEKSI BAKUL CANTIK SUNGAI RAMBAI

Keutamaan kami adalah kualiti.

Dalam usaha mewujudkan lebih ramai lagi usahawan kraf.. Kami menawarkan bimbingan teknikal dan nasihat peningkatan kualiti dalam penghasilan produk kraf melalui kursus 1 Malaysia.

Kumpulan sasaran kami adalah pertubuhan , persatuan atau kumpulan yang berminat mempelajari seni pembuatan kraftangan .Hubungi kami untuk keterangan lanjut.. Zanurah Ramli..0136476718 / Mansor Md Dan..0196511052
KOLEKSI BAKUL CANTIK SUNGAI RAMBAI
http://www.bakulrotan.com

KURSUS MINGGUAN KRAFTANGAN TMN SRI RAMBAI, SUNGAI RAMBAI







Kursus kraftangan hari ni 13 / 01/2013 (Ahad)..Modul baru mengajar cara membuat dulang dan menyiapkan bakul bakul yang belum siap..Alhamdulillah.. kelas berjalan dengan lancar sekali dimana semua pelajar menunjukkan minat dan semangat untuk sama sama mempertingkatkan kemahiran didalam menghasilkan kraftangan yang bermutu..t/kasih semua..