Hari ini saya nak share tentang satu informasi mengenai “kraf”…
Kita sering membaca didalam majalah, atau mana-mana media cetak yang menceritakan tentang kraf .., pengusaha kraf .. bentuk rekaan baru bagi kraf dan sebagainya. Dalam usaha mereka bentuk baru sesuatu produk, seseorang itu perlu melihat apa yang sesuai untuk bahan dan bentuk dan reka bentuk produk mesti ditingkatkan. Pereka perlu menyediakan sesuatu produk yang lebih mahal dalam ertikata kualiti dan penampilan untuk memenuhi kehendak pengguna.
Tidak semua pembuat bakul bangun pada waktu malam dengan visi ciptaan mereka dan mendengar soalan dan jawapan dalam diri…
Adakah aku suka dengan penghasilan aku ini ? Adakah sesiapa menyukainya? Pasti tidak. Ini bukan bentuk yang mereka faham. Tetapi ianya tidak benar, betul
Aku perlu bijak, perlu berani, aku akan buat sekali lagi,, atau dua kali atau lebih sepuluh kali sehingga aku mencapai apa yang aku kehendaki.
Sesungguhnya … ini adalah fakta yang benar …. Kemahiran asas tidak boleh dipelajari dengan cepat melalui kajian intensif. Pengetahuan mesti berkembang daripada pengalaman praktikal …mata juga perlu belajar untuk melihat dengan persepsi yang kritikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan