LAGI ... BAKUL TELUR/ CENDERAHATI/ BUNGA RAMPAI UNTUK TEMPAHAN






No. Kod Produk : MMD 002
Harga : RM 3.50 seunit (tanpa aksesori)
Saiz :
8.5cm (panjang) x 7cm (lebar) x 3.5cm (tinggi - tidak termasuk tangkai)
Warna :
Natural/ Campuran
Tempahan :
Minima : 100 unit
Maksima : 500 unit
Tempoh Penghantaran :
2 1/2 bulan dari tarikh tempahan dibuat
Kos Penghantaran :
Mana-mana tempahan yang dibuat sebelum Disember 2011 - penghantaran adalah percuma
Kaedah penghantaran : Pos Laju/ Courier

Untuk tempahan sila email ke iejah08@yahoo.com
atau hubungi no. tel :
019-6511052 (Mansor)
013-6476718 (Zainurah)





TEMPAHAN BAKUL TELUR / CENDERAHATI / BUNGA RAMPAI




Dibuka untuk tempahan .... !

Koleksi bakul telur/ cenderahati/ bunga rampai ekslusif untuk majlis perkahwinan.

No. Kod Produk : MMD 001
Harga : RM 5.00 seunit
Saiz : 7cm (lebar) x 8cm (tinggi)
Warna : Natural/ Campuran
Tempahan :
Minima : 50 unit
Maksima : 300 unit
Tempoh Penghantaran :
2 1/2 bulan dari tarikh tempahan
Kos Penghantaran :
Mana-mana tempahan yang dibuat sebelum Disember 2011 - penghantaran adalah percuma
Kaedah Penghantaran : Pos Laju/ Courier

Untuk tempahan sila email ke iejah08@yahoo.com
atau hubungi no tel :

019-6511052 (Mansor)
013-6476718 (zainurah)



Jom fikir - fikirkan...

Hari ini saya nak share tentang satu informasi mengenai “kraf”…

Kita sering membaca didalam majalah, atau mana-mana media cetak yang menceritakan tentang kraf .., pengusaha kraf .. bentuk rekaan baru bagi kraf dan sebagainya. Dalam usaha mereka bentuk baru sesuatu produk, seseorang itu perlu melihat apa yang sesuai untuk bahan dan bentuk dan reka bentuk produk mesti ditingkatkan. Pereka perlu menyediakan sesuatu produk yang lebih mahal dalam ertikata kualiti dan penampilan untuk memenuhi kehendak pengguna.

Cuba kita fikirkan…apabila menyebut tentang mereka bentuk baru bagi sesuatu produk, .pereka selalunya memainkan peranan yang amat penting..tapi persoalannya…adakah semua pengusaha kraf adalah pereka (designers) dan adakah semua pereka adalah pengusaha. Seseorang yang meminati kraf mempunyai sudut pandangan yang berbeza tentang sesuatu produk yang dilihatnya. Contohnya ada yang sekadar melihat sesuatu bentuk kraf sebagai bentuk yang cantik sahaja dan bagi seseorang yang mempunyai kreativiti yang sangat dalam , apabila melihat sesuatu produk kraf ianya akan melihat keindahan, maksud dan uniknya seni yang ditonjolkan pada produk tersebut.

Tidak semua pembuat bakul bangun pada waktu malam dengan visi ciptaan mereka dan mendengar soalan dan jawapan dalam diri…

Adakah aku suka dengan penghasilan aku ini ? Adakah sesiapa menyukainya? Pasti tidak. Ini bukan bentuk yang mereka faham. Tetapi ianya tidak benar, betul kan? . Mengapa ianya perlu ? Ianya lemah. Tidak, tetapi warnanya baik. Adakah itu mencukupi? Sudah tentu tidak, ia akan dibuat semula. Mengapa? Mengapa? Kerana ia bukan apa yang aku maksudkan. Apa yang aku maksudkan? Aku..? aku akan melihatnya semula pada waktu pagi.

Aku perlu bijak, perlu berani, aku akan buat sekali lagi,, atau dua kali atau lebih sepuluh kali sehingga aku mencapai apa yang aku kehendaki.

Sesungguhnya … ini adalah fakta yang benar …. Kemahiran asas tidak boleh dipelajari dengan cepat melalui kajian intensif. Pengetahuan mesti berkembang daripada pengalaman praktikal …mata juga perlu belajar untuk melihat dengan persepsi yang kritikal.