TOKOH KRAF NEGARA & ADIGURU KRAF

Sambil berehat seketika dari menyiapkan tempahan...sambil menikmati  secawan teh O...umph...
meninjau blog rasmi kraftangan  bahagian pemuliharaan dan  telah terbaca artikel mengenai tokoh kraf  negara dan adiguru kraf...yang mana salah seorang daripadanya adalah teramat aku kenali ..iaitu sdr ISHAK BIN KASSIM.
beliau adalah orang yang telah mencurahkan ilmu seni kraftangan kepada aku sejak lebih dari 25 thn dahulu hingga kini....Terima kasih...& tahniah buat sdr Ishak diatas pengiktirafan tersebut.....!!

Utk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan beliau didlm industri kraf sila klik..Tokoh Kraf Negara

BAKUL SERBAGUNA / BAKUL BUAH / HAMPER



Kini ditampilkan dengan gaya baru.... tampak lebih menarik dan elegan.... sesuai digunakan untuk hiasan, bakul hantaran, hamper, dekorasi dalaman dan lain-lain kegunaan.

Sebarang pertanyaan... sila hubungi Tiqa Hamizah Enterprise .... 019-6511052 / 013-6476718.

TEKNIK BUAT RAMA-RAMA ROTAN








TEKNIK BUAT RAMA – RAMA ROTAN

Peralatan

- Gunting

- Ais Breaker

- Spray Air

Bahan

Rotan pulor bersaiz 1.5mm atau mengikut kesesuaian saiz yang hendak dibuat.

Untuk lebih kelihatan menarik rotan bolihlah diwarnakan.

Cara Pembuatan

1. Potong rotan pulor sepanjang 3 kaki atau mengikut kesesuaian dan dispray supaya rotan tersebut lembut, seterusnya buat gelungan seperti rajah 1

2. Teruskan membuat gelungan seperti rajah 2

3. Teruskan gelungan seperti rajah 3,semasa membuat gelungan rotan hendaklah dipegang supaya ianya tidak terlerai.

4. Teruskan membuat gelungan seperti rajah diatas dan ulang semula proses 1, 2 & 3 dengan gelungan yang lebih kecil melalui bawah gelungan terdahulu. Rujuk rajah 4.

5. Seterusnya buat 2 lilitan sekeliling gelungan tadi dan selitkan hujungnya dibahagian belakang seperti rajah 6

6. Kini anda telah Berjaya menyiapkan rama – rama rotan yang sempurna.

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan anda hendaklah membuatnya berulang kali.

"PANDUAN ASAS BUAT BAKUL"...Klik sini..







Bakul Hamper / Bakul Serbaguna



No kod Produk : MMD BH 001
Harga : RM28.00 seunit
Saiz: 29 cm(P) x 24 cm(L)
Tinggi: 32 cm
Warna : natural / Campuran