Kunjungan ANDA ke Blog saya,Mansor Md Dan & Zanurah Ramli amat dihargai & diucapkan t/kasih...sila kunjungi lagi.. TIQA HAMIZAH ENTERPRISE (JR0025214-D)
Tudung Saji Rotan
Tudung saji rotan dengan penampilan yang menarik dengan jalinannya yang halus dan kemas dari Tiqa Hamizah Enterpirse .....
TOKOH KRAF NEGARA & ADIGURU KRAF
meninjau blog rasmi kraftangan bahagian pemuliharaan dan telah terbaca artikel mengenai tokoh kraf negara dan adiguru kraf...yang mana salah seorang daripadanya adalah teramat aku kenali ..iaitu sdr ISHAK BIN KASSIM.
beliau adalah orang yang telah mencurahkan ilmu seni kraftangan kepada aku sejak lebih dari 25 thn dahulu hingga kini....Terima kasih...& tahniah buat sdr Ishak diatas pengiktirafan tersebut.....!!
BAKUL SERBAGUNA / BAKUL BUAH / HAMPER
BAKUL UTK CENDERAHATI / DOOR GIFT
sebarang pertanyaan sila hubungi TIQA HAMIZAH ENTERPRISE..0196511052(Mansor)0136476718(Zanurah)
http://www.bakulrotan.com
TEKNIK BUAT RAMA-RAMA ROTAN






TEKNIK BUAT RAMA – RAMA ROTAN
Peralatan
- Gunting
- Ais Breaker
- Spray Air
Bahan
Rotan pulor bersaiz 1.5mm atau mengikut kesesuaian saiz yang hendak dibuat.
Untuk lebih kelihatan menarik rotan bolihlah diwarnakan.
Cara Pembuatan
1. Potong rotan pulor sepanjang 3 kaki atau mengikut kesesuaian dan dispray supaya rotan tersebut lembut, seterusnya buat gelungan seperti rajah 1
2. Teruskan membuat gelungan seperti rajah 2
3. Teruskan gelungan seperti rajah 3,semasa membuat gelungan rotan hendaklah dipegang supaya ianya tidak terlerai.
4. Teruskan membuat gelungan seperti rajah diatas dan ulang semula proses 1, 2 & 3 dengan gelungan yang lebih kecil melalui bawah gelungan terdahulu. Rujuk rajah 4.
5. Seterusnya buat 2 lilitan sekeliling gelungan tadi dan selitkan hujungnya dibahagian belakang seperti rajah 6
6. Kini anda telah Berjaya menyiapkan rama – rama rotan yang sempurna.
Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan anda hendaklah membuatnya berulang kali.
"PANDUAN ASAS BUAT BAKUL"...Klik sini..


